Garis masa penerbangan Penerbangan 182 Sriwijaya Air

Kelajuan dan ketinggian Penerbangan 182 Sriwijaya AirLaluan Penerbangan 182 Sriwijaya Air

Pesawat itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten pada pukul 13:25 WIB (06:25 UTC) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Supadio, Pontianak, Kalimantan Barat pada pukul 15:00 WIB (08:00 UTC). Pesawat itu berlepas dari Landasan 25R pada pukul 14:36 waktu tempatan (07:36 UTC).[5][6] Disebabkan kelewatan yang ketara, pesawat tersebut dijangka mendarat di Pontianak pada pukul 15:50 WIB (08:50 UTC).[5]

Penerbangan 182 sedang terbang pada ketinggian 13,000 ka (4,000 m) namun tiba-tiba pesawat itu berpusing ke arah kanan dan ketinggiannya menurun secara mendadak.[7] Pengawal lalu lintas udara (ATC) sedar akan situasi ini dan meminta juruterbang untuk melaporkan keadaan mereka namun tiada sebarang respons.[8] Menurut data penerbangan dari AirNav Radarbox, pesawat menunjukkan penurunan ketinggian yang agak cepat dari ketinggian 10,900 ka (3,300 m) ke 7,650 ka (2,330 m) pada 07:40 UTC.[9] FlightRadar24 melaporkan bahawa empat minit selepas berlepas, pesawat itu jatuh dari ketinggian 10,000 ka (3,000 m) dalam masa kurang dari satu minit.[10] Penjejak penerbangan menyatakan bahawa ketinggian terakhir yang dicatatkan pesawat adalah 250 ka (76 m) pada 07:40:27 UTC.[11] Menurut data penerbangan yang disediakan, ketinggian pesawat mengalami penurunan 1,755 ka (535 m) hanya dalam masa enam saat antara 07:40:08 dan 07:40:18 UTC. Ini diikuti dengan penurunan 825 ka (251 m) dalam dua saat, 2,725 ka (831 m) dalam empat saat dan 5,150 ka (1,570 m) dalam tujuh saat terakhir.[12] Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan kawalan lalu lintas udara adalah pada pukul 14:40 waktu tempatan (07:40 UTC). Pesawat itu dipercayai terhempas di Laut Jawa, 19 kilometer (12 bt; 10 nmi) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta,[13] dipercayai berdekatan Pulau Laki dan 19 km (12 bt) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta.[14] Tiada isyarat kecemasan dilakukan semasa penerbangan, menurut pengawal lalu lintas udara yang bertugas. Pegawai pengangkutan Indonesia juga memberitahu bahawa pesawat tersebut gagal mengikuti arahan penerbangan yang diarahkan.[15]

Rujukan

WikiPedia: Penerbangan 182 Sriwijaya Air http://avherald.com/h?article=4e18553c&opt=0 http://www.gerryairways.com/index.php/en/sriwijaya... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Pener... https://nasional.tempo.co/read/1421961/dua-sinyal-... https://www.antvklik.com/headline/berikut-foto-daf... https://www.bbc.com/news/world-asia-55606599 https://www.beritasatu.com/politik/718159/kader-ha... https://ekonomi.bisnis.com/read/20210109/98/134080... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202101091808... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202101091913...